credit |
"Kahwin. Kau takut tak?"
"Hah? Apa kau panggil aku tadi? "Kahwin"? Mentang-mentang kita dah lama tak jumpa, kau boleh pulak panggil nama aku salah."
"Haish budak nie boleh main-main pulak. Aku tengah serious nie," berkerut dahinya mendengar jawapanku yang berbau loyar buruk itu. Nyata aura seriusnya itu terpancar di mukanya bagai nur di pagi hari.
Aku sengih kerang busuk. Saja ja nak mengelak daripada menjawab soalannya tadi. Milo panas yang sudah lama menjadi milo suam itu terus dikacau lalu diteguk. Aku cukup alergik dengan 6-letter word itu. Cukup menghantui meskipun usiaku masih belum mencecah usia mengundi pun. Tetapi ramai yang seusia denganku sudah mula berfikir-fikir tentang jodoh, dan tidak kurang juga yang telah menjumpai "si dia" yang dikatakan Mr/Mrs Right.
Pfft!
Kawanku yang sedang minum bersamaku di gerai tepi jalan ini, Shakira namanya. Panggil Kira. Nama macam penyanyi lagu waka waka eh eh masa zaman FIFA 2010 tu, tapi gaya memang macam anak kampung sejati. Lama aku tak bersua muka dengannya - hampir dua tahun - dan dalam tempoh itu terlalu banyak yang berubah.
Dulu...
"Weyh kau nie lembik sangat lah. Cuba kau keras sikit, jual mahal sikit," aku cuba memberi nasihat kepada Kira yang bercerita tentangku akan lelaki yang diminatinya itu. Lelaki itu seorang senior. Hensem? Ada rupa. Ada gaya. Bolehlah. Sudah beberapa bulan mereka boleh dikatakan "bersama" tetapi tak pernah "declare" couple secara official.
"Aku tak bolehlah weyh. Aku cepat rasa bersalah. Macam mana kau boleh jadi kuat ah?" Kira mengadu lagi. Biasalah, kalau dah ada that special relationship, walaupun tak official, pasti ada saja pergolakan yang berlaku. Oh ya, lupa nak mention. That guy I'm talking about is a player. Playboy. Sebelum nie tukar-tukar girlfriend tak heran la. Macam mana dia boleh terjebak dengan si Kira nie pun, aku tak tau.
"Kau diam ja. Biar ja dia. Jangan buat move apa-apa. Nanti dia baru dia dapat rasa sikit apa yang kau rasa," aku tidak berputus asa. Geram rasanya bila ada lelaki yang buat kawan baikku sampai macam tu sekali. Tak berhati perut punya orang! Kalau aku jadi kau lah Kira, dah lama dah aku tinggalkan lelaki macam dia tu.
Aku geleng kepala. Dulu betapa aku anti dengan cintan cintun tak tentu pasal sampai tunggang terbalik kapal karam nie. Tapi sekarang, lepas aku bermastautin di kawasan lain, jauh dari Kira, berjumpa dengan orang pelbagai ragam, baru aku nampak apa sebenarnya yang dilalui oleh Kira.
Kira terlalu setia. Dia bukan seorang yang sanggup menyakitkan hati orang lain meskipun hatinya sendiri telah parah. Teringat pula panggilan telefon antara aku dan Kira. "Aku dah cuba suka orang lain, tapi tak dapat," dia berkata kepadaku. Selepas aku berpindah, lelaki itu telah menamatkan pengajiannya, tetapi daripada apa yang diceritakan oleh Kira melalui telefon dan media sosial, perasaannya terhadap lelaki itu tidak pernah pudar (walaupun lelaki itu sudah mempunyai girlfriend baru!).
Pada ketika itu aku memilih untuk tidak menjadi rakan yang asyik membebel menyuruhnya toughen up and forget about him. Aku memilih untuk mendengar dan memahami. Kira terlalu setia. Sekali dah suka pada seseorang, dia akan suka sepenuh hati sehingga tiada ruang lagi untuk lelaki lain. Baru aku tahu bahawa kesetiaan itulah menunjukkan betapa kuatnya Kira berbanding aku. Kerana aku, jika diberi situasi yang serupa, mungkin akan gagal pada percubaan pertama.
"Hopeless jugak la kau nie," aku membisik pada diri sendiri. Hopeless dalam percintaan. At this rate you'll never find the right guy any time soon! Bukan tak pernah orang menyebut perkataan "suka" itu kepada aku, tetapi,
1. Ayat-ayat jiwang makes me puke
2. Aku buat dono ja, as if nothing happened
Yup. Entah apa yang aku alergik sangat dengan benda-benda macam nie. Mungkin sebab... Aku tak percaya? Tak percaya akan cinta. Tak percaya akan kesetiaan. Tak percaya akan kasih sayang. Semuanya aku buat tak caya ja. Sebab apa? Sebab aku takut. Takut sekiranya aku akan berasa sakit hati di kemudian hari. Sakit hati sebab cinta, setia, kasih dan sayang itu cuma ungkapan kosong yang lahir dari mulut seorang insan yang tengah angau; dan nanti bila you are snapped back to reality, semuanya babai saja la. Ibarat menanam tebu di bibir (mohon maaf kepada pihak DBP atas penggunaan peribahasa yang tidak menentu).
Mungkin aku tak pernah alaminya lagi, sebab itulah sesedap hati ja aku rasa anti. Tabik spring aku pada insan setabah Kira. Bagi aku, bodoh (sekali lagi mohon maaf atas penggunaan kata yang mungkin agak kasar. hehe) lah lelaki itu untuk tidak nampak ketulusan hati seorang Shakira. Bukan mudah untuk mencari seorang wanita yang tidak membina dinding keegoan semata-mata untuk menghalang cinta yang dikatakan akan membuat kita lemah dan tidak tentu arah daripada hadir dalam hati.
"Woi! Termenung dari tadi. Dari aku pergi tandas sampai aku balik sini kau masih merenung entah ke mana," Shakira bersuara memecah lamunanku. "Ke kau tengah usha abang roti canai tu?" Kira mengangkat kening ke arahku.
Ketawa pecah.
"So... cakap pasal kahwin," alamak, aku ingatkan dia dah lupa pasal tu!
"You know what, let's drop the subject," Kira menggeleng, tetapi dia akur. Faham akan karenah dan penyakit alergi aku yang dibuat-buat itu.
"Sampai bila kau nak mengelak nie?"
"Sampai aku sedia."
"Bila?"
"Bila tiba masanya," aku sengih, sebab aku sendiri sedang tanya soalan yang sama kepada diri sendiri.
"Well, jangan lama-lama. Tak nak best pren aku jadi andartu pulak!"
Haha. Lawak lah kau nie Kira.
"Nanti kita tengok siapa yang kahwin dulu."
"On!"
Dan aku terus menghirup milo suhu bilik itu sampai habis.
--------------------------
Cerita pendek hasil kebosanan dan ke-tidaktahunakbuatapa-an aku. Diinspirasikan oleh pengalaman sendiri dan orang sekeliling. Walau bagaimanapun, tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment