Pages

05 February 2014

Hey

Between humility and low self-esteem, there exists a line that tells us that the two ought to be seen as totally distinct characteristics.~ 


Kadang-kadang aku lebih selesa berfikir yang mereka lebih layak daripada aku. Lebih berkebolehan, lebih berkaliber. Aku lebih selesa menuturkan kata-kata seperti "Yup.. I'm really not good at this".

Hey dude. Mana sudah diri kau dulu yang yakin jak apa yang ko mo buat? Yang menempuh apa jua cabaran yang ada di hadapan mata, biarpun kau berada dalam posisi seekor ikan yang cuba memanjat pokok? Berusaha untuk mencuba sesuatu yang baru meskipun bukan tersenarai dalam bakat terpendam kau. Ada beza antara rendah diri dan rendah hati.

Sekarang, kenapa? Kau rasa takut kah? Takut sebab apa? Kau takut yang hasilnya tidak seperti apa yang kau jangkakan atau bayangkan. Kau takut beb.. Aku tau.. Sebab di sekeliling kau terlalu ramai orang yang berbakat itu dan ini; sedangkan kau? Kau hanyalah setitis air yang tiada signifikannya di lautan terbentang luas. Ya, kau takut.

Kau mudah mendengar kata-kata manusia di sekeling kau. Terlalu mudah. Itu menambahkan lagi kerisauan dalam hati kau, sebab kau tahu insan-insan yang melihat dan mendengar ini akan judge. "Lebih baik aku berserah diri awal-awal, sebelum mereka tahu akan kelemahan aku," bisik hati kau yang ternyata pengecut itu.

Tapi ingatlah, Allah ciptakan kita bukan sia-sia. Percayalah dengan iman seteguh Gunung Everest akan kasih dan cinta Allah kepada hamba-hambanya. Nescaya dengan keyakinan itu kau akan lihat bahawa diri kau yang ibarat setitis air itu mempunyai peranan yang begitu besar dalam dunia ini. Cuma kau perlu kuatkan hati kau untuk percaya.

Aku tau, pasti sukar bagi diri kau ini yang tiba-tiba dicampak dalam suasana baru. Budayanya baru. Caranya baru. Bahasanya baru. Gaya hidupnya baru. Payah.

Tidak mengapa. Berhentilah kau condemn diri kau sendiri. Kau hebat, sepertimana mereka di sekeliling kau itu hebat. Mungkin mereka di arena lain, dan kau pula di pentas lain. Yang pasti, yakinlah dengan jalan yang Allah telah sediakan untuk kau, kerana Dia tahu yang kau mampu laluinya dengan selamat.

Dah. Cukup. Tentu ada hikmah di sebalik semua ini.




No comments:

Post a Comment