Pages

08 December 2013

Penang Again

Photo from internet
Ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki di Pulau Pinang. Kali kedua. First time aku ke Penang ialah tahun 2008. Masa tu aku baru nak masuk tahun 5 dan abang aku tingkatan 2. Cepatnya masa berlalu. Kini aku kembali (cehh) dengan tujuan menduduki SAT subject test. Sebelum kita pergi lebih lanjut, aku memang berniat nak buat kat Inti College kat KL tu. Lebih senang dan dekat dan murah. TAPI... masa aku daftar tu dah penuh.. *sob-sob* Kali nie kami bertiga ja, sebab abang aku dah masuk kolej.

Hari Jumaat sebelum bertolak, kami breakfast mee kolok. Dah halfway aku makan baru aku teringat nak ambik gambar. Maklumlah, dah lapar sangat. Hehe. Tapi jangan risau. Pak cik google sentiasa sedia membantu. Mi kolok nie sangat femes di Sarawak ya. Menu wajib kalau datang melawat. (Aku tengah promote nie)

Photo: Credits to this blog
Pergi KL naik Malindo Air. Katanya low cost, tapi aku tak sangka pulak ada screen kecik macam dalam MAS tu. Tambah lagi dia ada sediakan sedikit kuih dan air free. Best dan cool jugak la for a low-cost airline.
Comel...
Flight tu cincai ja. The real challenge comes with road travelling. Sekali lagi nie bukan first time aku travel by car dari satu negeri ke satu negeri kat semenanjung. Kali pertama masa aku pergi Johor tahun 2011. Tahun nie pergi utara. Dalam perjalanan tu pulak aku menahan lapar yang teramat, so singgah la sebuah R&R yang aku lupa nama tapi aku ingat yang R&R tu ada restoran jejantas. Di situ lah aku "melantak" nasi campur. Haha. Guna hiperbola sikit.

Teruskan perjalanan. Sampai di R&R Tapah, aku makan lagi roti kahwin benggali cicah nescafe. Nyum2.

Cair dalam mulut
Aku menyesal sebab tak sediakan fizikal dan mental yang utuh untuk melalui perjalanan ini. Aku sangka sekejap ja perjalanan nie.. Tapi malam barulah kereta yang aku naik tu menjejakkan tayarnya di bumi Pulau Pinang. Otw tu pulak aku terjumpa bangunan nie. Kalau tengok dekat-dekat, ada tertulis "Biotech Centre"

Aku tau aku noob =='
Stuck dalam traffic jam. Sampai Seberang Perai, bukak la Mr Map untuk mengelakkan kesesatan. Crucial investing needs to be settled soon, if you know what I mean. On the way pergi hotel tu, lalu la test centre SAT iaitu Dalat International School. After going through some windy roads, we finally reached Batu Feringgi where we would stay for the next couple of days.

Akhirnya bertemu jua dengan Hotel Budget Zahaar. Dari kejauhan dah nampak bling2 signboard dia. Pergh. Memamng stylo la hotel nie. Reception dia kat luar, macam kaunter yang ada kat kedai lobi. Pastu ada tempat lepak pula kat depan reception. Ala2 lobby open gitu. Hotel bajet la katakan. Aku tabik arh pemilik hotel nie. Ada wifi pulak tu. Mantappp (again with the promoting). Keluar rumah tadi pukul 7 pagi gitu, sampai hotel dah nak pukul 10 malam. Hardcore...

The not-so-very-big big day. Red letter day, I suppose? SAT. Sampai kat Dalat agak awal. Tengok most, if not all, of the test takers are >18 college students. Pastu nampak Maneesha, Vivian and Lim. Yeay! And I guess I'm the only one who came all the way from Sarawak. They should give me credit for that XD. Tiga minggu nak study SAT subject. Tak sempat nak cover semua. Aku tak beli buku, so aku cari resources dari internet selain menggunakan buku SPM. Minutes prior to exam, tawakkal ja :)


Aku ambik bio dulu, sebab aku tau kalau aku ambik math dulu aku akan gelabah and blank. At least the bio test would warm me, or should i say my brain, up. Next: math! Ok, for one thing, aku terpaksa study add math form 5 for this. 50 questions in an hour. Gila cepat dan pantas masa berlalu. Sejam tu macam sekelip mata ja. Sempat sampai question 50, tapi memang tak arh kalau nak jawab semua. Beberapa soalan yang aku skip. That goes the same for bio. Dah la masa exam tu aku tengah lapar.

Habis ja exam, terus pergi makan Nasi Kandar lineclear. Sampai ja kat kedai tu, aku terus jadi blur. Aku tiada apa-apa pengalaman mengenai nasi kandar. Tak pernah makan, tak pernah tengok. Dengar ja pernah. So bila orang tu nak ambikkan lauk, aku belasah ja.

Nasi Kandar belasah ja...
Petang tu kami keluar lagi untuk memburu raja fox, atau nama glamournya musang king. Naik kereta lagi pusing satu pulau nie. Dalam perjalanan tu terjumpa la gerai durian yang menjual durian. Musang king nie pun aku sekadar dengar kat tv ja. Mahal tapi sedap. Kat borneo tiada spesis durian yang macam-macam nie. Durian tu durian ja. Beli satu musang king, satu D14 (aku memang tak faham nama2 nie) total RM100. Fuhhh.. Itulah first and last time aku makan musang king (dan D14)


Musang king
Malam tu pergi tempat makan kat persiaran Gurney. Tak tau nama. Aim aku satu ja: char kuey teow. Sampai sekarang aku terigau-igau char kuey teow kat situ sejak aku makan masa tahun 2008. Maklumlah, kuey teow nie makanan all time favourite aku. (take note ya XD) MALANGNYA..
Tutup.. T.T
Sedih tau.. Balik hotel dalam pukul 10 malam. Esok masih ada lagi. Isnin balik KL. ^^

*memandangkan kami naik kereta yang plate numbernya KL, ramai juga orang kat sini ingatkan kami nie orang Kehel.. Lol XD

No comments:

Post a Comment