Pages

05 April 2014

Ini Masanya Aku Bangun

Telah tiba masanya aku bangun
Dari tidur yang tak pernah lena
Sedar
Dari mimpi yang hanya ilusi semata-mata
Kerana ini kehidupan
Bukan khayalan
Bukan pula angan-angan
Bahkan realiti yang benar lagi menggerunkan

Buat apa aku mengejar sesuatu yang belum tentu kumiliki
Dan terjatuh, tersungkur terpijak tali kasut sendiri
Lebih baik aku meluru ke arah perkara yang kuimpi
Kuatkan iman, tabahkan hati
Berpegang teguhlah pada apa yang Allah janji
Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui

Jalan, jika tidak dihiasi dengan halangan
Pasti jalan itu sangat membosankan
Oleh itu aku perlu siaga
Menghadapi apa yang di hadapan mata
Mahupun perkara yang terselindung di sebalik nyata
Kerana hakikatnya aku manusia biasa

Aku tahu aku dahagakan kejayaan
Menjadi muslimah yang menabur bakti di bumi Ilahi
Haruslah aku mengorak langkah, mengatur strategi
Tidaklah aku mensia-siakan hidup ini
Suatu hari kelak aku pasti pergi
Maka, inginkah aku menyesal di kemudian hari?

Sedarlah wahai diri
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Photo credit to...

No comments:

Post a Comment