Pages

08 May 2014

2011

"Do you want to please others, or do you want to please Allah?"

Tak ingat exact words dia, tapi lebih kurang macam tu lah persoalan yang dia ajukan kat aku lebih kurang tiga tahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan aku.
Lokasi: bilik di Kolej Keris Mas, UKM.
Tujuan: PPCS 2011
Masa tu aku roommate dengan Nur Mawaddah. Suatu hari tu, seorang budak yang aku kenal dengan nama Alia masuk ke bilik untuk meminjam iron. Dulu aku ingat setiap kali aku mention nama "Alia", orang mesti akan tanya, "Alia yang mana satu?" 
Eh, ada berapa Alia kat sini ni? Aku kenal sorang ja. "Alia yang kripto tu." jawab aku. 
"Dua-dua Alia kripto." 
Mak aih. Tepuk dahi. 
Tapi sekarang aku dah kenal Alia Meliki dan Siti Nuralieya. Haish, payah betul kalau diri ini tak kenal orang.

Okay, back to main story. Aku tanya budak bertudung labuh itu, "Kau pakai baju hijau tu (yang kecik nak mampos) atau baju lain?" 
Pada masa itu aku sendiri dalam dilemma. Nak pakai baju hijau (sebab sepatutnya semua diwajibkan pakai) atau baju lain. 
Lalu dia dengan yakinnya menjawab, "Alia pakai baju lain." 
"Bukan kita semua mesti pakai baju hijau ka?" aku terus mengajukan soalan. 
Tanpa berfikir panjang, dia terus memberi jawapan di atas. "Do you want to please others, or do you want to please Allah?". 
Nah, penampar.
 Pada zaman itu aku masih tidak kenal akan ayat-ayat seperti yang dituturnya tadi. Janggal. Jarang kudengari. Alien. ET. Asing gila bagai berjumpa dengan kucing bertanduk. Eh.
Well, the question posed is self-explanatory, so no need for me to elaborate. Entah kenapa, kata-kata si Alia Meliki ni melekat kat memori aku sampai saat ini. Biasanya aku ni spesis manusia yang mudah lupa. Alpa.
Berdehem kuat-kuat. 
Soalan itu membawa sesuatu yang sangat bermakna, meskipun hanya sepotong ayat yang mungkin sudah biasa didengari oleh segelintir masyarakat di luar sana.
Lama-lama, setelah minda aku dibasuh dengan kematangan dek 1001 pengalaman pahitmanissukaduka yang ditempuhi, aku mula faham akan mesej yang terkandung dalam statement tersebut. Harus kita ingat, dalam apa jua tindakan kita, Allah mesti dijadikan keutamaan, kerana sesungguhnya...



Tak tau kenapa. Rasa macam nak share ja peristiwa ini, takut-takut suatu hari nanti slip my mind pula kan. There are some things that you just can't trust to memory
Heh..

No comments:

Post a Comment