Pages

17 May 2014

Top Floor Rant


Pensel kaler dilarikan di atas kertas bersaiz A3. Peluh dikesat. Dingin bayu selepas hujan kencang mengasak pipi. Tangan meraba-raba tikar mencari kaler lain. Biru muda. Dicapai lalu diberikan tona pada baju si gadis yang dalam lukisan itu.

Weyh aku tak suka mewarna la

Gaun biru muda beserta lace ungu. Hmm. Dagu diusap tanda memikirkan idea penambah baikan.

Aini, tolong lukiskan tangan. Aku tak reti laaa

Mata beralih kepada si budak yang sedari tadi mengeluh tentang ketidakretiannya dalam bidang seni lukis. Ditunjuknya drawing sepasang tangan yang dihulur ke hadapan. (Or at least I think it's a drawing. Kehkehkeh). 
Tanpa sengaja, pecah pula ketawa si Nuraini melihat drawing tersebut. Totally accidental. Bukan berniat untuk mematahkan semangat si pelukis. Si Alifah yang sejak tadi hanya berdiam diri turut tertawa saat melihat attempt drawing si Ain.

Ehhh.. Jahat...



Wah.. lawa gila Malin kaler
Biasalah, dua tahun belajar mewarna tuh

Tumpuan beralih pula pada Amalin yang sedang mengenakan tona warna gelap pada lukisan tangan yang membentuk love. Memang cantik. Penuh seni.

Semua kembali pada hal masing-masing. Dicapai lukisan Ain lalu dicuba untuk membetulkan lukisan tangan tersebut. Setelah beberapa sketch hasil peniruan dari internet, nampaklah sedikit rupa tangan itu walaupun tidak sempurna. Baiklah.

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur


Lagu Arjuna Beta dimainkan di telefon bimbit Alifah

Weyh, tak suka la lagu nie. Creepy
Apa yang creepy nya?
Ha'ah, scary arh..
Macam orang psiko nyanyi

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri


Lalu si Ain pun membuat muka seakan-akan psiko. Lunatic mode. Eh.

Kerja diteruskan. Kini beralih pula pada background. Guna oil pastel milik Alifah. Orange yang gradually change to yellow. Bottom to top. Giliran Ain pula memasang lagu. Ain.fm.

Tangan berasa lenguh memegang batang krayon yang beraneka warna itu. Sesekali kaler keluar garisan jugak. Haish, tak suka buat tedious jobs.

When the days are cold
And the cards all fold


Tukar kepada kaler oren-kekuningan. Tona warna nie perlu ada skill. Skill yang seorang Nur Amalin miliki setelah mengikuti kelas mewarna semasa di alam persekolahan dahulu. Skill yang aku belajar secara tidak formal dengan memerhatikan rakanku yang terer melukis dan mewarna. In-born talent. Hmph. Aku? Hampeh ja..

When you feel my heat
Look into my eyes

It’s where my demons hide
It’s where my demons hide


Di hujung atas dilayerkan terlebih dahulu dengan kaler putih. Entah wujud ka tidak skill yang digunakan itu. Tak kesah la. Kaler kuning pucat pula ditambah bagi menghubungkan kaler putih tadi dengan kaler oren kekuning-kuningan. Tona simple ja. 

Kajian mengatakan lelaki berkulit gelap lebih seksi
Hah?
Kat paper ada tulis
Oh.. Ya ka? 
Hmm.. Kalau aku pun aku suka lelaki yang kulit tak putih sangat.
Macam sapa? Si .........

Setelah beberapa nama disebut kemudian, masing-masing kembali menghadap kertas masing-masing.

Weyh, kaler apa sesuai untuk baju lelaki ni?
Hitam la. Kontra dengan kaler merah
Ala, tak nak hitam
Biru tua

At night when the stars light up my room

Biru tua dicapai

I sit by myself 

Lukisan si Wani ni hanya menampakkan sebahagian lengan lelaki dan sebahagian lengan perempuan. Hand-in-hand. Beserta sebuah love gergasi di belakang genggaman tangan kedua-duanya. Lalu lengan baju lelaki itu mula diwarnakan.

Talking to the moooooooooon

Seluar si lelaki pula diwarnakan dengan warna hitam. Hmm.. Biasalah. Warna apa lagi kalau bukan hitam? 

Love itu pula warna merah hati. Striking. Tertulis "Only You Can Make This World Seem Right" pada bahagian atas kertas bersaiz A3 itu.

Sebentar kemudian, tiba si pelukis, Nurul Shyazwani, di top floor blok A. Tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pertemuan budak-budak K1 bagi menyiapkan assignment English.

Aku dengar tadi weyh korang sembang pasal lelaki kulit gelap

Aik. Kuat sangatkah suara kami sehingga sampai ke telinga orang yang berada di tingkat satu itu? Ish ish ish...

Dah siap! Lukisan tersebut telah siap diwarnakan. Alhamdulillah. Dah masuk Asar dah pun. Pensel kaler yang berterabur di atas tikar itu dikutip semula. Diri bersiap-siap untuk kembali ke bilik.

Maka berakhirlah rant pada hari itu. Rant pasal banyak perkara. Rant yang sebenarnya terlalu rumit untuk diisikan di ruangan blog yang tidak seberapa ini. Rant yang pasti meninggalkan secebis kenangan walau sekecil biji sawi. Rant yang mungkin limited edition; tidak mungkin akan berlaku lagi apabila melihat pada apa yang bakal diri masing-masing hadapi tidak lama lagi. Rant tingkat empat, belum mencapai rooftop lagi. 

Ini top floor rant.



No comments:

Post a Comment