Pages

27 November 2013

Packing. Outing. Leaving.

Post nie aku dah lama nak buat, kira-kira dalam seminggu yang lepas. Tapi nampaknya masa yang suntuk menjadi penghalang (serta sedikit rasa malas). Dan pada hari ini, memandangkan blog pun dah lama tak update dan tak ada ilham untuk menulis, maka tercapailah impian si penulis ini untuk buat post pasal packing, outing, leaving.


Gambar nie tiada kaitan, tapi nampak sangat comel dan cool.

So, seperti yang kita ketahui, sekolah telah tamat pada Jumaat, 15 November 2013. Maka, semua pelajar harus mengosongkan bilik masing-masing secepat mungkin. Aku memang tidak bercadang untuk mula mengemas pada hari Jumaat itu, namun selepas gather jamuan sofbol, hati aku tergerak untuk mula. Ok lah, malas nak huraikan panjang-panjang. Hayatilah gambar-gambar berikut. :)


Fasa 1 ( Jumaat, 11 p.m - 1 a.m )


Tak payah cakap la. Nak cakap tongkang pecah, rasanya lebih teruk daripada tu kut. Maklumlah, aku hamburkan semua benda. Gambar tu aku blur sikit supaya tak la malu sangat. Uhuk uhuk. Masa nie la aku call Rasyid sampai kredit aku habis. Tapi at least aku sempat siap sampai sini.

Beg untuk disimpan di pantry. Beg kuning tu kertas2 untuk recycle

Fasa 2 ( Sabtu, 5.30 a.m. - 7.30 a.m. )

Nie dari semalam punya kerja terbengkalai. Katil aku tak banyak berubah keadaannya, cuma mungkin bertambah teruk. Aku berjaya kosongkan almari aku.



Outing!

Masa nie outing dengan member kelas kat Mid Valley. Jalan kaki pergi Keris Mas, naik bas pergi KTM, naik KTM pergi Mid Valley. First time outing kat KL dengan kawan. Kami jalan-jalan, makan ( ada orang makan nasi Arab RM22), tengok wayang, main arcade sikit, jalan-jalan lagi, lepas tu pulang. Tak sempat nak main boling sebab fullhouse. T.T

Fasa 3 (Sabtu, 10 p.m. - 11 p.m.)

Dah sangat penat dek outing. Nak kemaskan katil supaya dapat tidur dengan selesa

Walaupun tak la kemas sangat......

Fasa 4 ( Ahad, masa tak ingat)

Alhamdulillah, selesai jua misi aku.



Kosong...

Balik!

Selamat tinggal diucapkan kepada kolej perempuan PERMATApintar. Aku akan merinduimu.

Sempat ambik shot nie ja dari dalam kereta (photobombed by syabas tank)

2 comments: