Mahu rehat, tak tau mahu buat apa. Baca buku? Buku apa yang aku mahu baca? Study? Dude, seriously not the right time. Terfikir jugak mahu baca falsafah matematik tu, tapi lain kali saja la. Mahu baring tapi tak mahu tidur. Dah cukup dah aku melelapkan mata dalam bas tadi. So here I am, blogging once again. Sebenarnya aku memang suka berkongsi cerita, tetapi bukan dengan manusia. Aku tidak suka berkata-kata, tetapi aku suka menyampaikan cerita aku melalui tulisan. Sebab itulah dulu aku punya sebuah diari yang aku isi saban hari. Di situlah aku coretkan kisah-kisah yang bagi aku memberi signifikan pada aku ketika itu. Aku rasa, korang mesti boleh teka aku tulis pasal apa. Ya, crush aku suatu ketika dulu. Hmm... Bukan crush sangat pun sebenarnya, tapi mungkin... Aku cuma ada sedikit perasaan suka dan malu terhadap dia. Eh, suka? Tak sangat la kot. Malu ja yang lebih. Sekarang nie, rasanya aku tak sanggup lagi mahu baca luahan hati aku semasa aku berusia 12 tahun. Menampakkan betapa kurangnya kematangan aku pada usia yang sepatutnya aku dah mula faham selok-belok kehidupan. Ish ish ish. Rasa malu pada diri sendiri. Tapi Alhamdulillah, telah tiba saatnya aku menemui tujuan dan matlamat hidup. Eh, aku mahu cakap pasal apa tadi ya? Rasanya, bukan pasal benda nie, tapi tidak mengapa. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah rendah dulu aku selalu sahaja texting. Mungkin kadar texting aku itu boleh dikatakan kurang berbanding kawan-kawan sebaya yang lain, tapi aku tetap melakukannya. Aku selalu texting dengan seorang best friend aku yang bernama Aida Husna. Maklumlah, waktu tu kami pakai DiGi yang bayar hanya 1 sen untuk setiap text. Ya, di sekolah aku memang banyak pengguna DiGi, termasuklah diri aku sendiri. Aku kerap juga texting dengan si Ikhwan dan si Shahin, dua kawan lelaki yang rapat jugak lah dengan aku. Sejujurnya, dulu aku tak ramai kawan yang rapat sebab aku bukanlah seorang yang dikatakan friendly mahupun talkative, tapi aku tak kisah kerana mereka sudah cukup mewarnai hidupku yang lalu.
Sejak aku masuk PERMATApintar pula, aku perasan bahawa amalan-amalan yang aku nyatakan di atas semakin lama semakin menghilang. Diari? Agaknya, tiada masa aku untuk mencatat memori-memori yang indah ketikamana diri ini dihantui dengan tugasan-tugasan yang menanti untuk disiapkan. Tapi aku tetap gemar berkongsi cerita dan Alhamdulillah, blog ini sangat membantu. Sejak aku ada blog nie, aku jarang online di Facebook mahupun Twitter kerana kini aku mempunyai sebuah medium yang lebih syok untuk menulis. Tak perlulah bagi aku untuk menunggu orang menekan butang like pada post aku. Pada aku, kepuasan menulis adalah apabila aku berjaya menyampaikan apa yang tersimpan dalam benak fikiranku. Orang tak baca? Siapa kisah, bukan? Untuk texting pula, boleh dikatakan amalan itu sudah terhapus. Musnah. Hancusssssss. Semakin hari nampaknya handphone aku semakin senyap. Semakin tidak berbunyi. Kini fungsinya adalah untuk berhubung seandainya terdapat hal penting. Ha. Aku rasa salah satu faktornya ialah penggunaan LINE dan WeChat yang mempunyai peranan yang sama seperti texting. Maklumlah, di sini ada wifi free.
Hmm. Hari nie ada lawatan ke Seri Menanti dan Muzium Negeri Sembilan, tetapi aku hanya munculkan diri di muzium itu sahaja. Huhu. Yang paling menyedihkan, tiada siapa yang sudi belanja aku coklat. Sanggup T_T
Aku dah dibuang kelas dengan rasminya oleh ketua iaitu Hisyam, tapi tak pula dinyatakan yang aku dibuang keluarga, so aku assume yang dia masih adik aku. Aku taulah yang mereka lebih bahagia tanpa aku kan.. *tiba-tiba Ain Nasuha LINE "JANGAN NAK BUAT CERITA SEDIH SANGAT LAH KAN"* XD
Apa lagi ya? Oh, semalam Mr H datang dan bertemu dengan kami K1. Tu ha selfie bersama beliau (at the beginning of the post) B)
Satu quote yang aku perkatakan semalam
"Aku tau dia baik, tapi aku tetap akan nafikan fakta itu walau apapun yang terjadi"
No comments:
Post a Comment