Pages

20 January 2014

Ouch

Past experiences? Probably the root cause. Bukan aku nak tuduh orang macam-macam, tapi tolonglah. Bila hati ini rasa sakit - betul-betul sakit - aku lebih rela berdiam diri. Biar orang tak nampak. Biar orang tak tau. Sebab sapa peduli kan? When it comes to fabricating the truth, to me, you have crossed the line. Bukan, bukan aku benci pada orangnya; aku benci pada perbuatan itu. Mungkin salah aku jugak, sebab terlalu mudah terasa. Sensitif. Kalau aku dah terasa tu, memang aku singkirkan orang tu dari hidup aku sehinggalah perasaan aku kembali reda. Cubalah aku kuatkan hati ni sikit, bagi keras sikit. Jangan senang sangat nak terasa nie. Biarlah dia. Pilihan dia. Kehidupan dia. Dia nak cakap apapun, terpulang pada aku untuk telan walaupun pahit. Aku... memang have been having doubts since... since you first did what you did to me a few moments ago (or at least it seemed to be merely moments ago). Bukan sekali dua kali, tapi banyak kali. Kau mengingatkan aku terlalu banyak pada peristiwa yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Duka. Maaf, kerana aku terlalu emosi. Kerana aku tidak mampu nak meletakkan kepercayaan itu lagi. Memang dah lama hilang pun. 
Maaf...


No comments:

Post a Comment