Situasi #1: Breakfast a.k.a Sarapan
Ada latihan sofbol pukul 8 pagi, so aku turun DM kira-kira 15 minit sebelum masa yang dijanjikan. Ada sekumpulan pelajar lelaki yang duduk semeja (seperti biasa, di hadapan tv) dan sekumpulan pelajar perempuan yang duduk semeja tidak jauh dari tv.
Tiba-tiba...
TV: UTC.. UTC..
Some guys and girls: Pusat pelbagai perkhidmatan... Berkhidmat, untuk rakyat... *aku tak ingat lirik*
Aku pun tak pasti apa signifikannya peristiwa tersebut sehingga mendapat tempat di blog post aku, tapi memang agak lawak + funny. UTC Televisyen ft. the PERMATA breakfast team
Situasi #2: LDK
Seperti yang anda semua ketahui, aku merupakan salah seorang pelajar yang bakal menjadi facilitator
Situasi #3: Dinner
Tujuan aku turun pada petang itu adalah untuk mengikuti latihan sofbol. Tapi entah macam mana, atas pengaruh saudari Assila dan Alifah, aku terjebak pulak dengan permainan netball (tapi of course la aku main sofbol dulu. Dalam pukul 6.15 gitu aku beralih arah). Kami main dengan budak-budak MO yang aku tak tahu nama. Well, you don't need to know names to play sports. It still worked out fine. Pukul 6.30 we left the field and headed towards DM. Ada segelintir manusia sedang menghias DM sempena Sambutan Tahun Baru Cina, dan salah seorang daripadanya ialah tidak lain tidak bukan, adikku
Masa aku ambik makanan tu, makanan untuk supper dah habis. Then aku duduk di kerusi yang membelakangi the buffet line. Bila aku dah nak habis makan, ada ahli meja berbicara mengenai ada orang yang dapat oreo untuk supper. Izyan beredar untuk check it out dan aku pun berpaling ke belakang. Dia tengok tiada oreo so agak kecewa di situ.
Tiba-tiba..
aku nampak pekerja tu keluarkan sekotak oreo BESAR punya. Automatik aku angkat dari tempat duduk aku dan terus attack tempat tu. Aku ulang, automatik. Aku tak sedar pun yang aku tengah berjalan menuju ke arah tempat tu. Tak lama kemudian, kawasan itu dikerumuni oleh kanak-kanak ribena yang inginkan oreo.
Lepas aku tulis post nie, aku sedar betapa tidak signifikannya peristiwa yang telah berlaku itu. Entah mengapa aku begitu bersemangat untuk berkongsi tentangnya di blog. Oh well, sharing is caring? Erk
No comments:
Post a Comment